Saya adalah seorang yang panik apabila berhadapan dengan presentation, terutama sekali apabila melibatkan orang-orang yang berkuasa besar dalam sesuatu organisasi. Dalam kes ini, presentation ini di adakan di Perbadanan Putrajaya dan di hadiri oleh wakil dari semua jabatan termasuklah Pengarah. Jadi saya menyediakan teks presentation yang panjang supaya tidak gementar semasa di dalam bilik mesyuarat yang nampak seperti The Colosseum itu. Tetapi setelah menunggu beberapa lama, saya di khabarkan berita yang sedikit baik dan sedikit buruk.

Lakaran sambil-sambilan bagi memenuhkan masa lapang. Hajatnya ingin di jadikan t-shirt tetapi proses membuat blok dan printing melibatkan banyak aspek seperti tenaga, kesungguhan, masa dan ketekunan termasuklah mencangkung di dalam bilik mandi.

